Profile image

Aiman Azlan

Tentang Aiman Azlan

Muhammad Aiman bin Azlan merupakan seorang penceramah antarabangsa dan penulis yang mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang pembangunan diri, psikospiritual dan perhubungan. Beliau aktif menyantuni golongan belia serta masyarakat umum melalui pelbagai platform pendidikan dan pembangunan insan.

Sejak tahun 2011 hingga kini, beliau kekal aktif sebagai content creator, menyampaikan mesej utama tentang hidup berprinsip dan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan sendiri. Perkongsian beliau disampaikan melalui video, podcast dan penulisan di media sosial, yang memberi fokus kepada pembinaan jati diri, kesedaran kendiri dan kematangan emosi.

Selain penglibatan dalam platform digital, beliau juga aktif berinteraksi secara langsung dengan masyarakat melalui ceramah, seminar dan bengkel. Antara topik yang sering dibawakan termasuk keyakinan diri, perhubungan, pendidikan, kerjaya serta kesejahteraan psikospiritual dan keharmonian perkahwinan, termasuk melalui kelas dalam talian.

Kini, setelah memperoleh lesen kaunselor berdaftar, beliau memberi fokus yang lebih mendalam kepada isu rumahtangga dan kekeluargaan, dengan menggabungkan pengalaman luas sebagai penceramah dan penulis bersama amalan kaunseling profesional bagi membantu individu dan keluarga membina hubungan yang lebih sihat dan bermakna.

No. Lesen KBPA​


Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
KB11507, PA11120

Akademik


Bachelor of Science (Honours) dalam Biologi dan Psikologi
University of Toronto (Class of 2013)

Sarjana Kaunseling (MSc Counseling)

Info Kaunseling

Jenis Sesi:
Individu atau Berpasangan

Lokasi:
Ingin online? Tempah di ezy.la/KaunselorAiman

Pra-perkahwinan:
Persediaan perkahwinan, Komunikasi, Penyelesaian konflik, Expectation in marriage
Persediaan untuk perubahan hidup

Pembangunan Kendiri:
Pengurusan emosi, Growth Mindset, Penyesuai Diri, Komunikasi

Keluarga & Perkahwinan:
Komunikasi, Hubungan, Pengurusan Konflik, Kecurangan, Intimasi, Trauma

Kaunseling Individu (Fizikal)

Sesi kaunseling bersemuka secara individu boleh membincangkan isu-isu di bawah:Pra-perkahwinanRumah TanggaKeluargaPembangunan KendiriKerjayaSesi dilak... Read more
1 hour
MYR 200.00
View details

Kaunseling Individu (Fizikal) - Pakej Kombo 3 Sesi

Sesi kaunseling bersemuka secara individu boleh membincangkan isu-isu di bawah:Pra-perkahwinanRumah TanggaKeluargaPembangunan KendiriKerjayaSesi dilak... Read more
1 hour
MYR 450.00
View details

Kaunseling Berpasangan (Fizikal)

Sesi kaunseling bersemuka secara berpasangan boleh membincangkan isu-isu di bawah:Pra-perkahwinanRumah TanggaKeluargaSesi dilaksanakan di Poliklinik P... Read more
1 hour, 30 minutes
MYR 300.00
View details

Kaunseling Berpasangan (Fizikal) - Pakej Kombo 3 Sesi

Sesi kaunseling bersemuka secara berpasangan boleh membincangkan isu-isu di bawah:Pra-perkahwinanRumah TanggaKeluargaSesi dilaksanakan di Poliklinik P... Read more
1 hour, 30 minutes
MYR 750.00
View details
Powered by TidyCal